Di kelantan ada satu nama pantai yang sangat popular iaitu Pantai Cahaya Bulan. Menurut cerita orang-orang tua, dahulunya nama di beri Pantai Cinta Berahi. Di sini juga lah tempat pendaratan pertama tentera Jepun untuk menyerang Malaya pada 8 Disember tahun 1941.

Namun namanya agak kurang cantik bagi orang luar, menteri besar Kelantan Al marhum Tuan Guru Nik Aziz telah menukar nama tersebut menjadi Pantai Cahaya Bulan.
Menurut orang tempatan. Pantai ini juga dahulu dijadikan sebagai tapak pesta permainan Wau Bulan suatu ketika dahulu.
Namun, dengan perubahan bentuk muka bumi dari semasa ke semasa, di permukaan pantai ini mula terhakis dan musim tengkujuh ombak mula sampai di sekitar jalan dan kerajaan negeri mula membuat tambunan batu untuk meninggikan permukaan bagi mengelak kan ombak sampai ke atas jalan raya.
Antara mitos yang menarik dari orang lama, pantai ini juga akan bercahaya apabila datang bulan purnama dan seluruh pantai itu akan bercahaya yang sangat cantik.
Tempat ini juga sangat sesuai untuk seisi keluaga berehlah dan menikmati keindahan ciptaan tuhan kepada manusia.
Waallahualam.

Photo:budak jalanan suka gambar
