Assalamualaikum hari ini 16 september hari malaysia dan hari ATM. Oleh kerana saya ni pasukan simpanan ataupun bahasa kampung di panggil askar kerahan saya nak kongsi lah pengalaman saya menjadi askar.
Saya mula berkhidmat pada tahun 2015. Masa tu saya menjadi guru kafa oleh kerana gaji saya kecil masa tu konon nak tambah pendapatan saya dan minat badan uniform ni.
Masa lepas spm 2012 dulu saya ada pergi temuduga untuk prajurit muda tapi tak lepas sebab berat saya tak mencukupi
Lepas tu murung tak ada kerja. Kerja buat bangunan saya ambil stpm konon nak comeback.
Apa yang aku melalut ni aduh…
Episod perjalanan hidup saya nanti saya cerita ya.
Ok balik tajuk asal saya. Askar simpanan ni tidak rumit pemilihan nya cuma atas kita nak atau tak nak. Selepas saya isi borang lepas tu saya kena lapor di kem bukit kuang. Semua orang tak tahu pun saya masuk askar kerah ni orang satu sekolah pun tak tahu. Sebab saya dahulu jenis perahsia dan tiada kawan sampai sekarang. Kalau rakan media sosial tu ada tapi hambar lah sedikit.
Selepas lapor saya di beri surat aku janji kalau Malaysia dalam keadaan darurat ataupun perlukan kerahan. Kerja hakiki saya iaitu guru kafa saya kena tinggalkan seketika.
Saya setuju dan cop 10 jari. Itu bermakna saya hak milik Malaysia. Sekiranya saya lari dari di kerah saya akan di bicara dalam mahkamah tentera.
Masa saya rekrut sangat mencabar. Saya di latih menjadi keras, tahan mental, lepas tu di ajar lasak. Masa tu saya mampu sembunyikan mental illness saya. Dan tahap mental illness saya pun tak lah seteruk sekarang.
Saya pernah berjalan lasak memikul pack sekali senjata seberat 60 kg. Mesti tak percaya kan. Tapi itu lah saya buat. Saya masuk hutan membuat latihan serang hendap, serang khemah musuh dan macam macam lagi
Yang saya tak boleh lupakan berus gigi kena kongsi satu platun. Benda tu adalah untuk latihan ketahanan mental.
Selepas saya tamat rekrut saya di gelarkan sebagai anggota preber rifleman. Dan dalam kalangan anggota, saya yang terbaik dan di beri peluang untuk membuat latihan bersama denga anggota tetap bersama tentera nasional indonesia.
Banyak kenangan dan pengalaman yang saya dapat bersyukur sangat. Kalau ujian menembak ataupun latihan menembak saya akan mendapat tempat ke 2 seiring dengan anggota tetap. Biasa lah hero diam diam ubi berisi.
tentera ni mempunyai cabang yang besar dan mempunyai jabatan yang tersendiri. Kami tak memanggil jabatan kami memanggil KOR. contoh KOR PERKHIDMATAN AM bertugas sebagai kerani. REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA
bertugas bahagia komunikasi.
Kalau nak cerita tak akan habis sebab saya pun malas nak menulis hahahahahah
Baru baru ini pkp saya di kerah untuk menjadi frontliner alang alang tak ada kerja saya di pilih. Bersyukur sangat.
Sekarang saya memegang pangkat lanskopral selepas tamat kursus dan lulus ujian kursus itu.
Banyak kali saya meminta untuk menjadi anggota tetap bulan lepas sebelum PKP saya pergi temuduga ambilan pegawai lepasan ijazah.
Tapi sayang tak dapat,menangis saya. Tapi fikir balik itu tiada rezeki nak buat macam mana kan. Bergelar askar kerah pun dah bersyukur.
Sekaranag sudah 6 tahun saya berkhidmat sebagai askar kerah. Walaupun tidak tetap tetapi dunia ketenteraan tu saya tahu dan rasa.
Walaupun saya tidak seperti anggota tetap saya ada misi baru iaitu untuk sembuh mental illness saya. Jujur saya cakap. Saya rela hadap keperitan latihan ketenteraan dari saya terpaksa hadap dengan orang yang cuba perlekeh saya jatuhkan saya.
yang tu hanya saya sahaja yang tahu. Ada yang dah tahu tapi tak percaya. Saya bukan tak nak kongsi tapi entah lah saya takut nak kongsi sebab saya dah serik sejak kes saya viral tu saya baca komen komen ramai yang kata itu fake nak jatuhkan orang lain. Hakikatnya saya yang kena.
Ikut kan saya tak nak besarkan benda ni sebab saya rasa orang sakit mental ni tak akan percaya ya lah orang gila kan siapa nak percaya. Nak tak nak saya hadap sorang sorang. Nasi dah jadi bubur benda dah viral. Namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih lagi yang percaya.
Sangat sakit. Tapi yang paling sakit orang tidak percaya yang saya kena di perlekeh oleh orang. Ya lah orang ada MDD orang GILA siapa nak percaya kan.
Dengan hati yang rapuh ini saya bangun dan terus bangun. InshaAllah suatu masa nanti yang batil akan terbongkar dan pada masa yang sama saya akan bina empayar dengan ilmu yang saya ada ini saya akan gunakan.
Bermacam macam saya sudah hadapi dan saya anggap ini adalah pengalaman. Suatu masa nanti perkara yang batil pasti akan terungkai. Apa yang perlu saya hadap adalah sabar dan banyak berdoa.
Aduh saya nak cerita pasal hari ATM pun tak ada idea…
Nak sesuatu benda tu sangat susah
Kalau di paksa merangkak merangkak lah dan aku berterima kasih
SEMOGA ALLAH MEMELIHARA PEMBACA.
SEMOGA ALLAH MEMELIHARA PENULIS YANG HINA INI.
WAALLAHUALAM







Ini lah kenangan yang ada. Saya nak ceritakan pada generasi akan datang ini lah wira yang tidak di dendang
