PT 3 Bukan segala galanya

INI KISAH ANAK PT3 NANTI ANAK SPM SAYA AKAN CERITA YA…

Assalamualaikum pembaca budiman yang saya kasihani. Anda apa khabar? Semoga anda di dalam rahmat Allah taala.

Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya menjadi guru ganti pada masa yang sama sebagai cikgu kauseling tanpa tauliah.

Pada tahun 2019 bulan julai saya meminta di ppd untuk menjadi guru ganti. Masa tu minta kerja lain tak dapat saya mencuba jadi guru ganti.

Selepas 2 hari kemudian saya di terima perlantikan GSTT iaitu Guru Sandaran Tanpa Tauliah. Dan saya mengajar di Sekolah Menengah daerah kemaman

Ok saya teruskan la tajuk atas ya.
Saya mengajar pelajar PT3 subjek Asas Sains Komputer. Ada pelajar ini kelas muhaimin. Apabila saya mulakan kelas pertama rekasi muka mereka agak suram.

Saya macam biasa mengajar masing masing diam dan tidak berkata apa apa. Lalu saya pun berhenti mengajar seketika dan saya pun berkata, jika awak ada masalah terbuku di dalam hati boleh luahkan.

Di sekolah anggap sahaja saya abah kamu. Di luar anggap sahaja sahabat kamu.
Lalu pelajar seorang perempuan ini bernama Balqis yang bertudung labuh.

Cikgu kenapa kami kena ambil ASK? (Asas Sains Komputer)
kami ni bukan kelas depan pun. Maka pecah la rahsia mereka rupa rupanya mereka dalam tekanan….

Saya tutup buku ASK lalu saya ambil maker pen saya pun lakarkan. Perjalanan seorang pelajar.

Saya memberi tahu dulu awak menghadapi UPSR masa tu awak anggap UPSR tu penting awak dah belajar tekanan dah kenal apa itu tekanan.

Bila habis UPSR awak sudah mula risau untuk hadap PT3 yang sekarang ni bulan ogos nanti awak percubaan. Lepas tu awak akan hadap spm yang menentukan hala tuju awak.

Jujur saya nak beritahu dekat awak yang sekarang ni seorang penipu…

Lalu mereka pun terkejut seorang pelajar bernama iman orang yang kurus tinggi rambut berstail…kenapa cikgu cakap macam tu?

Ya awak menipu awak sebenarnya tertekan tapi awak berlakon seperti tiada apa apa. Saya tahu awak sedang berjuang untuk menjaga hati nama keluarga awak nama cikgu cikgu lain. Kalau awak tidak lulus mesti mereka akan mengata awak betul tak.?

Masing masing diam merenung dan satu kelas diam. kelas ASK berubah menjadi sesi kauseling dan motivasi.

Saya berjanji. Selagi saya ada saya akan bantu awak. Ujian TOV lepas ujian bulanan lepas kita lupakan markah kita ambil iktibar. Tidak faham jangan segan tanya sahaja saya. Saya akan cuba bantu. Saya balik pukul 4 petang. Awak habis sekolah pukul 2 kan. Pukul 3 tu saya masih ada lagi di sekolah saya akan bantu.

Pukul 3 tu saya ingatkan mereka tidak minat rupa rupanya satu kelas setia menunggu dan saya jadi makin semangat membantu anak bangsa. Ketika sedang bincang soalan dan memberi penerangan saya ternampak kelibat kelas lain intip saya keluar mereka terkejut.

Saya tanya nak masuk kelas ni ka? Pelajar perempuan 4 orang angguk malu. Lalu saya pun terus ajak mereka masuk kelas tu. Walaupun tidak berbayar tapi saya rasa itu tanggung jawab saya.

Selepas saya beri kata kata semangat mereka berubah. Datang sekolah dengan ceria tiada monyok lagi. Lega saya rasa

Ada satu kisah lain pula ada pelajar ini Yasmin namanya ingin berjumpa face to face perempuan. Ingin mencerita kan masalah.
Ketika saya berada di surau solat dhuha waktu rehat dia memberi salam dan nak jumpa saya habis sekolah pukul 2.30.

Saya pun tunggu tepat waktunya. Saya terkejut 5 orang datang lalu saya suruh duduk di kerusi tepi dewan itu dan tanya apa yang nak kongsikan.
Asalnya dia malu nak cerita. Lalu saya pun berkata habis sekolah anggap sahaja kawan.

Rupa rupanya dia bercerita tentang ayahnya sikap panas baran dia selalu kena marah dengan ayahnya. Ayahnya selalu perli dia ada anak bodoh. Sambil menangis dan siap berkata kenapa dia bodoh.

Sangat kesian dia mangsa keadaan tekanan di sekolah tekanan di rumah. Saya memberitahu supaya sabar dan saya akan cari jalan untuk selesaikan semua ini.
Selepas dia cerita dari awal hingga akhir nampak wajahnya yang reda. Saya tanya alamat rumah di mana pada masa yang sama saya rancang sesuatu untuk menceritakan kepada ayahnya tanpa melibatkan dia.

Pelajar lain pula ingin kongsi tentang perasaan. Dia sudah jatuh cinta dengan pelajar kelas depan sudah luahkan senang cerita mereka sedang bercinta namun mereka rasa tertekan kerana perempuan lain ingin berkenalan dengan dia. Lelaki itu tidak setia.

Kes ini saya hanya diam. Pelajar ini tanya kenapa saya tiada respon? Lalu saya memberitahu bahawa saya tidak pernah bercinta jadi saya tak pandai nak bagi pendapat.

Mereka terkejut. Cikgu ni limited tak pernah bercinta…saya hanya gelak kecil seloroh mereka. HAHAHAHAH

Saya memberi tahu perasaan suka cinta itu fitrah dan anugerah. Tapi yang salahnya couple. Mereka terus tersentak. Saya memberi tahu bahawa anggap sahaja berkawan. Soal jodoh awak masih lagi muda. Saya tak nak zaman awak ini sudah mula kenal erti kesakitan perasaan ini

Anggap sahaja kawan. Nanti sampai masa awak akan berjodoh juga dan jumpa cinta sejati. Awak sebagai pelajar kejar dahulu cita cita. Anggap sahaja cinta ni pembakar semangat awak. Cinta adalah pembangkit bukan melemahkan semangat.

Banyak kan berdoa jaga pandangan awak.
Soalan maut kenapa saya tak marah kalau dia ada perasaan suka sedangkan dia masih lagi bersekolah.

Saya memberi tahu. Awal remaja akan ada perasaan suka. Islam tidak melarang untuk jatuh cinta. Islam sudah ajar ketika bermuamalat yang adalah jaga ikhtilad.

Nampak rekasi wajah mereka lega.
Akhir perjumpaan itu saya selalu pesan jaga solat, hormat orang tua, jaga hati sahabat. Jangan membenci antara satu sama lain dan berdoa la kawan kawan lain.

Ada seorang pelajar ni nama dia Batrisya Isabella dia crush pelajar form 5. Kebetulan pelajar form 5 tu rapat juga dengan saya. Dia cakap la dia crush dengan afiq 5 qayum.

Saya pun apa lagi jumpa afiq saya nak jumpa dia di pondok

Dan pada masa yang sama saya dah janji batrisya dan kawan kawan dia jumpa di pondok untuk memberi soalan sport termasuk la lelaki. Lepas tu afiq pun datang anak anak saya perempuan ni tengok dia biasa la budak atlet kan HAHAHAHAHAH

Lepas tu saya meminta afiq terangkan zaman pra sejarah. Ok afiq ni dia lemah subjek sejarah spm. Jadi saya cakap dekat dia kalau nak lekat ingatan kita kena ajar orang. Jadi saya sengaja panggil pelajar pt3 ni untuk dengar. Dekat situ seimbang la tahap pemikiran dia.

Teori ni saya pakai masa saya ambil subjek komunikasi perspektif islam ijazah dulu.

Apa lagi yasmin fokus 100 peratus..dan saya suruh afiq pergi ke kertas yasmin tunjuk kan dia cara nak hafal tentang perjanjian enggeris dan belanda.

Selesai kelas singkat afiq minta izin bermain bola dan pelajar lelaki pun nak pergi padang di asrama.

Saya pun usik…senyum batrisya hari ni ya…HAHAHAH sejak itu semangat batrisya lain macam bersungguh belajar. Sebab itu saya cakap kalau orang yang dianggap mentor….dia akan rasa semangat.

Sama juga pelajar lelaki dia tidak faham tentang tajwid pendidikan islam lalu saya panggil crush dia bagi penerangan. Saya di belakang memerhati. Moral semangat untuk belajar HAHAHAHAHA

saya selalu pesan. Jaga pandangan jaga ikhtilad belajar kerana Allah bukan kerana Makhluk. Untuk motivasi pelajas spm saya menyuruh pelajar spm.beri kata kata semangat adik adik pt3 dulu. Jadi dua dua dapat manfaat semangat untuk pelajar spm dan semangat untuk pt3 apabila dengar abang abang kakak senior mereka nasihat.

Sebab itu saya di gelar cikgu sporting…HAHAHAHAHAH

TAK SANGKA AKU DAH JADI CIKGU KAUSELING PADAHAL AKU NAK KAUSELING DIRI AKU PUN TAK BOLEH HAHAHAHAH

Ketika saya duduk pantai kijal saya ternampak pelajar yang menceritakan ayahnya panas baran itu. Duduk di pantai berkelah. Saya pun menegur dan pelajar kenalkan saya cikgunya. Apabila saya duduk saya keluarkan duit 10 ringgit minta dia belikan air di gerai.

Apabila dia pergi saya pun berbual la dengan ayahnya. Saya cakap la yasmin ni anak yang baik di sekolah, saya memuji. Dalam ramai ramai pelajar dia ada potensi.
Saya memuji ayahnya. Saya cakap, bagus abang didik yasmin. Saya harap suatu hari nanti anak saya seperti yasmin hormat pada guru sayang ibu ayah. Sebenarnya saya sengaja suruh anak dia pergi beli air sebab saya nak berbincang dengan ayah dan mak dia


Saya memberitahu dekat ayahnya PT3 nak dekat. Kalau boleh bagi semangat pada yasmin.. dia selalu berjuang untuk banggakan ayahnya. Saya sebagai pengajar dia saya akan bantu yang terbaik.
Saya minta supaya ayah dan ibunya doakan Yasmin. Doa ibu bapa sangat mustajab.

Usianya walaupun masih lagi mentah tapi fikirannya sangat matang. Saya mengucapkan terima kasih mendidik yasmin dengan baik. Saya memberi tahu alangkah untungnya abang dan akak di hari tua nanti sebab yasmin kata dia nak jaga abang dan akak dia nak banggakan abang dan akak.

Di usia muda ini, bantu lah dia dengan kata kata semangat. Ayahnya seperti wajah yang sunggul. Apabila yasmin itu sampai membawa air. Saya minta diri dulu konon ada urusan. Padahal saya nak tinggalkan waktu privacy mereka.

Esok kan harinya ketika saya sampai di sekolah awal pagi dan nak punch card. Saya ternampak yasmin memakai baju pengawas berlari ke arah saya. Saya terkejut adakah plan saya tak jadi. Dia ucap terima kasih dia kata ayahnya tak marah marah dia lagi. Lega dengar HAHAHAHAHAH TAK SANGKA PLAN AKU MENJADI. Lepas tu saya kata tak apa la itu sahaja saya mampu. Nanti kelas ASK kita jumpa banyak benda saya nak ajar.


masa peperiksaan cubaan ada peningkatan subjek ASK subjek Sejarah Pendidikan islam sebab itu yang saya mengajar buat kelas tambahan percuma. Asal E bertukar jadi B alhamdulillah berkat kesungguhan mereka.

Tapi itu la budak kadang kadang terlalu jujur ni susah. Boleh dia beritahu. Cikgu Mierul ni ajar kita boleh dapat B. Jadi cikgu cikgu tetap ni cemburu. Siap lepas kan marah pada pelajar. Mukhriz pelajar pt3 ada ajuk semula cikgu tetap beritahu “dah tu pergi la belajar cikgu mirul awak!” Bila Sampai ke telinga saya, saya rasa bersalah
Saya tak tahu yang mereka cemburu. Patut la saya dengan cikgu tetap perempuan ni agak dingin. Saya mintak maaf dekat cikgu tetap dan saya ceritakan nawaitu saya adalah nak bantu anak anak itu ja.

Ustaz nordin ada beritahu saya tindakan saya ni betul. Alam pekerjaan memang biasa ada cemburu antara satu sama lain. Dia menasihatkan supaya saya sabar. Tak sangka ada juga macam tu. Jadi saya hadap ja la. OK SAMBUNG.

Masa keluar keputusan percubaan ada seorang pelajar perempuan ini dia duduk di asrama dia selalu berseorangan. Markah Percubaan dia tak sama seperti markah kawan kawannya. Dia memperolehi C dan D.
Saya cuba rapat dia. Saya memberi tahu jangan risau masih ada lagi masa. Nanti tiap malam saya datang asrama saya akan ajar.

Saya selalu datang asrama dan sekolah itu ada asrama. Saya minta izin pengetua untuk memberi kuliah di surau.

Di jadikan cerita pada malam itu captain aspuri berlari dekat saya, meminta tolong mulut fazlin berbuih. Saya terus berlari sehingga tertanggal selipar jepun saya.

Sampai di dorm mulut berbuih mata putih tangan kejung di tangan dia saya ternampak pill penadol 1 papan. Kebetulan cikgu shahiran warden asrama keluar. Saya dengan mengigil telefon ambulance saya suruh datang dengan segera. Lepas tu saya papah dia turun bawah angkat sorang sorang. Sampai di tangga bawah ambulance pun sampai terus pergi hospital besar kemaman.

Pada masa yang sama saya telefon warden cikgu syahiran memberi tahu dia masih lagi dalam kecemasan.

Sampai pukul 4 pagi saya tunggu tangan saya mengigil dan hati tak putus berdoa. Selepas itu doktor dan tanya siapa waris saya angkat tangan berlari bertanya macam mana keadaan. Alhamdulillah dia tiada apa apa cuma overdose sahaja. Selepas ini akan di hantar wad biasa. Sujuk syukur saya.
Doktor tanya siapa saya. Saya cakap saya cikgunya dari asrama. Lalu doktor itu pun pergi membuat tugas lain. Pada masa itu saya telefon cikgu syahiran keadaan dia sudah stabil.

Selepas pindah di ward biasa pukul 5 pagi saya panggil grab untuk hantar asrama ambil motor saya. Selepas itu pulang.

Esok kan harinya habis waktu sekolah saya terus pergi ke hospital tengok dia dalam wad dan dia seperti malu dan rasa bersalah.
Saya pun cakap la benda yang jangan ungkit. Mungkin kesabaran awak sudah sampai limit dan saya faham. Tak apa mulakan hidup baru. Cepat sihat kawan kawan semua tengah tunggu.

Dalam 3 hari itu di sekolah saya memberi tahu kawan satu kelas, nanti fazlin datang anggap sahaja macam biasa beri dia peluang jangan menghukum dia. Kita satu kelas seperti saudara. Kita tak duduk tempat dia. Kalau kita duduk tempat dia mesti kita akan buat benda yang sama.

Mereka angguk dan diam. Alhamdulillah anak anak saya ikut apa yang saya cakap. Dan dia pun kembali semangat untuk sekolah

Kalau pelajar lelaki ada yang merajuk tak nak datang sekolah ponteng di pantai kijal.
Saya pergi memujuk apabila mereka menceritakan masalah sampai menangis saya memegang bahu. Saya biarkan dia menangis. Ya la tertekan dengan keputusan percubaan, lepas tu kena perli dengan cikgu cikgu lain. Lepas tu kena marah dengan keluarga. Saya respet pelajar lelaki ni diaorang ponteng bukan sorang sorang tapi ramai ramai. Semangat brotherhood mereka tu memang saya tabik.

Saya pun cerita la dulu saya PMR kelas belakang selalu di hina selalu di ejek selalu kena menganjing. Saya faham sangat perasan kamu semua. Masa itu lah saya tekad andai kata saya jadi pendidik saya tak nak generasi baru saya rasa apa yang saya rasa.

Awak berhak di beri peluang. Selagi saya ada saya akan bantu. sejak itu la mereka terus belajar. Saya korban kan masa saya wang ringgit saya photostaid kertas bagi soalan latih tubi beri nota pelajar pelajar kelas tengah dan kelas belakang. Mereka sangat semangat…saya kena lagi semangat untuk mengajar

Minggu perperiksaan PT3 sangat saya takut. Tapi depan wajah mereka saya seperti cool…Tiap tiap malam.saya berdoa semoga Allah membuka pintu hati mereka lapangkan jiwa mereka. Ada yang datang mintak maaf dekat saya redhakan ilmu. Siap berdrama menangis…biasa la anak anak kita ni kan. Jiwa mereka masih suci.

Dalam masa seminggu PT3 tamat saya nampak wajah riang mereka…saya lega sangat. Masa itu saya fokus untuk mengajar pelajar spm…episod spm saya cerita hari lain ya

Masa nak hari keputusan saya tak tidur malam selalu gelisah….sepanjang malam saya berdoa bertahajud solat malam kerana takut. Masa tu kontrak guru ganti sudah habis….dalam doa saya menangis kerana terlalu takut. Saya berdoa anak anak saya berjaya dapat keputusan. Mereka sudah berusaha. Kejayaan perlu di bayar oleh mereka

Hari keputusan pengetua sekolah memanggil saya untuk hadir….saya datang dengan wajah cool tapi di hati sejuta ketakutan.. saya sengaja datang lambat sebab takut. Apabila parking motor pelajar lelaki berlari dan peluk saya. Sambil menangis…saya agak cuak sebab rasa bersalah…saya terus cakap saya mintak maaf sebab bukan cikgu yang baik.

Lalu mereka pun tunjuk slip dan sijil Ya Allah….terkejut saya…7A..6A.

Tak sangka anak anak saya dapat 7A semua 7A….semua perempuan dapat 7 ya Allah kepuasan yang sangat sangat terasa….
Ya la kelas belakang mampu dapat 6A 7A

Kebetulan saya dapat payment upah design logo dan poster. Saya dah bagi abah 300 mak 300 adik adik 200 lagi 100 saya simpan asb dan 100 tu saya ajak mereka makan abc di tepi pantai kijal. 17 orang termasuk lelaki dan perempuan saya ajak makan abc sebagai raikan mereka.

Saya tengok mereka gembira saya pun rasa gembira…senyum sorang sorang tengok kerenah anak anak saya. Nak bayar mereka tong tong duit mereka cakap nak belanja saya. Masa nak balik ayah si panas baran tu jumpa saya bersalaman dengan saya ucap terima kasih ajar anak dia. Saya terus potong cakap, saya yang berterima kasih pada abang kerana didik yasmin.

Sekarang dia dah tingkatan 4 lost contac dengan mereka…..saya harap mereka terus menuntut ilmu sehingga akhir hayat dan memberi manfaat pada agama Allah dan masyarakat.

MAAF TERPAKSA BACA PANJANG YA INI CERPEN KISAH SAYA IKUT KAN BANYAK LAGI NANTI SAYA TERBITKAN SEBUAH NOVEL.

SEMOGA PENULISAN SAYA DAPAT IBRAH DAN MANFAAT SEMUA

Dia ni anak saya. Baik orangnya hebat bijak
Saya sayang student saya
Dia nak selfie saya terpejam mata HAHAHAHAHAHA
Ni pelajar pt3….
Masa ni peperiksaan percubaan.
Saya malu malu nak ambil gambar dengan mereka. Tapi mereka paksa HAHAHAHAH layan ja lah anak anak ni
Anak anak asrama….mereka sangat baik….
Mereka sangat baik……ini lah anak anak saya.
Mereka pandai cari lighting….macam flawless gitu hahahahahha
Mereka ajak pergi kebun durian nak bagi durian tapi saya tak makan durian HAHAHAHAHAHAHA pening masuk kebun sebab bau durian

Maaf gambar tak banyak sangat saya simpa….saya doaka. Anak anak ini berjaya dunia dan akhirat. Jika saya mati nanti anak anak ini la yang doakan saya….

WAHAI ANAK ANAK KU ABAH BANGGA DENGAN KORANG…..

One reply to “PT 3 Bukan segala galanya

Leave a comment

Why are you reporting this comment?

Report type
Design a site like this with WordPress.com
Get started
close-alt close collapse comment ellipsis expand gallery heart lock menu next pinned previous reply search share star