SENI KHAT

Assalamualaikum pembaca yang saya kasihi. Sudah lama saya tidak menulis. Maafkan saya ya sebab banyak urusan saya kena selesaikan. Baik la tajuk nukilan hari ini adalah KHAT.

Saya dahulu ada belajar tentang khat. Saya minat seni khat ini sejak darjah 5. Namun saya tiada peluang untuk belajar. Kebanyak kan saya belajar sendiri sahaja.

Apabila saya masuk pengajian di situ saya mula belajar dengan orang satu pengajian saya. Selama 3 tahun juga la. Dan sekarang alhamdulillah tangan saya masih lagi mampu menulis walaupun agak tumpul.

Baik lah apa itu khat? Dari segi bahasa khat dari perkataan bermaksud garisan yang di tulis di atas kertas, batu, kulit binatang. Senang cerita khat ini adalah pemindahan garisan idea dan di persembahkan dalam bentuk tulisan

Dari segi istilah pula khat ini adalah mengambarkan perkataan perkataan dalam bentuk abjad mengikut suku kata yang tertentu, penyusunan ayat mengikut kesenian dan etika.

Mesti pening kan ? Sabar nanti saya tunjuk contoh awak akan faham.

Senang cerita khat ini adalah seni kaligrafi islam untuk memberi manfaat kepada manusia. Senang cerita. Al quran seni khat dia itu menampak kan cantik dan mendapat pahala apabila tengok dan baca.

Kita kena tahu dan junjung tinggi seni khat ini kerana hurud huruf yang di tulis itu adalah huruf huruf daripada surat cinta dari ilahi yang memberi pengajaran dan iktibar (al quran)

Dalam mempelajari seni khat ini, kita kena perlu banyak bersabar. Dan tidak boleh berputus asa. Saya akui seni khat ini sangat susah. Namun apabila kita faham kita akan rasa itu semua mudah. Pokoknya, kita kena terus belajar jika mempunyai minat.

Jenis khat ini banyak antaranya

  • khat nasakh
  • Khat thuluth
  • Khat waseem
  • Khat diwani farsi
  • Khat sana
  • Khat kufi.
ini contoh khat nasakh

ni contoh khat kufi. sumber dari google
ni khat diwani farsi

Kalau ikutkan banyak lagi tapi yang saya kuasai dan mampu buat itu la khat yang saya boleh buat. Nanti saya tunjuk contoh ya.

Seni khat ini di tulis dengan tangan dan ada cara dia. Jika nak belajar khat kita akan belajar dahulu sumber atau bahan dalam menulis khat.

Zaman dahulu di alam melayu penulis khat ini akan gunakan batang Resam atau orang serumpun kita memanggil Handam. Saya akan tunjuk kan gambar apa itu resam.

Kalau nak tahu ini la dia batang resam. Batang

Batang resam ini berasal daripada pokok resam atau pokok pakok paku pakis

Pokok paku pakis ini hidup liar di semak. Namun ramai orang tidak tahu kegunaan dia. Tidak apa nanti kita akan bongkar kan rahsia dia dan macam mana dia boleh menghasilkan pena

Batang resam ini di gunakan oleh penulis al quran kerana batang resam ini sangat sesuai di gunakan dalam kaligrafi. Namun untuk menghasilkan pena, ada caranya

Di sini saya akan tunjuk kan cara meraut batang resam.

ini batang resam panjangnya 3 jengkal saiz 3 jengkal ini saya nak hasil kan 3 batang pena dan saya potong saiz 1 jengkal
ini yang sudah di potong dan saya akan ceritakan cara nak meraut jadikan pena.
mula mula kita kena potong di hujung pena itu untuk jadikan mata
selepas itu pasti kan hujung mata pena itu dua inci. kalau tak ada pembaris kita boleh guna jari kita. macam saya gunakan 2 jari bermaksud 2 inci la
selepas saya jadi kan 2 inci ia jadi seperti ini dan membuang isi dia

selepas itu di bahagian belakang dia pula saya meraut bahagian belakang untuk menipiskan dan senang untuk kita membuat mata pena.

selepas saya menipiskan di hujung itu, saya meratakan di kepala dalam bentuk lurus supaya senang untuk kita memotong serong dengan tepat
dan ini hasilnya memotong serong. dia akan jadi rata. namun ia masih belum lagi selesai, boleh tengok panduan nya lagi.
awak nampak kan kita masih belum menulis lagi. kita kena ratakan hujung pena itu supaya apabila kita menulis ia tiada kecacatan
mata ini adalah menentukan saiz. ini adalah saiz dalam 40 mm saya buat. selepas saya raut halus halus maka jadi lah dia. dan selepas itu, di mata atas itu kita perlu menggosok dengan kertas pasir untuk melicinkan mata dan senang menulis. ada tips untuk yang tiada kertas pasir. caranya adalah saya mengosok atas batu sungai ataupun batu pantai. kali ini saya guna 100% alam hanya pisau ja la saya guna alatan modern.
maka siap lah pena kita. Baik la, saya akan tunjuk cara menulis di atas kertas ya.
kertas saya gunakan adalah kertas gloss atau paper glossy
ini contoh dia paper glossy. saya galak kan guna kertas ini berbanding kertas A4 kerana kalau guna kertas A4 dakwat itu akan cair dan menyerap. jadi, t

mula mula kita buat garisan lurus dahulu. Tujuan saya buat garisan lurus ini adalah sebagai panduan masa kita menulis tidak senget.

selepas itu kita pun tulis la perkataan atau nama sesiapa pun. macam saya tulis nama saya la AHMAD AMIERUL. di sini saya nak buat khat thuluth.

maka menulis la saya. maaf agak tak jelas sebab tangan kiri saya mengambil gambar tangan kanan saya menulis. saya asalnya kidal tapi zaman sekolah dahulu selalu kena ejek sebab kidal saya ajarkan diri saya menulis kanan. dan sekarang saya dah biasa menulis kanan. masa menulis pastikan dalam keadaan relaks dan jangan gelabah. untuk pemula memang ada kesalahan. Itu biasa jangan risau, kalau kita buat latihan semua ia akan jadi kemas.

tadaaaaa siap. kalau kita zoom jauh tak nampak la cacatnya kalau dekat nampak la dia punya dakwat yang pudar. selepas siap kita kemaskan huruf itu gunakan hujung pena yang tajam itu. selepass itu kita padam lah garisan yang kita guna pensel tadi..
kali ini saya nak buat baris pula, macam biasa kita tuli dengan pensel dahulu bertujuan untuk memastikan penulisan kita kemas dan sebagai panduan
tadaaaa saya gunakan pena saiz kecil untuk membuat tanda dan hiasan saya guna pena mata saiz kecil.
nak bagi nampak cantik, dan lagi kemas saya guna apps scanner di telefon saya ambil gambar untuk scan dan edik bagi memadam kan kecacatan.
selepas scan saya simpan la melalui pdf dan gambar lepas itu boleh edit melalui perisian lain seperti adobe psd dan adobe AI
Tadaaaaaaa

seni khat ini bagi saya perlu di pertahankan kerana huruf huruf ini merupakan huruf yang membolehkan kita membaca kalamullah.

persoalannya tertekan tak nak melatih untuk menjadi mahir dalam penulisan khat ini. saya akui memang akan rasa penat tertekan sebab tak jadi. Tapi di situ juga la saya di ajar jangan buat sekerat jalan sepanjang 3 tahun saya belajar di pusat pengajian saya buat latihan di masa lapang.

Saya bersyukur tangan saya masih lagi lembut dan jadikan ia sebagai hobi dan terapi saya. Bagi nak belajar, mula mula kita kena belajar menconteng dahulu untuk melembutkan tangan

seperti ini saya banyak conteng dahulu untuk latih tangan saya lembut
yang gumpalan tu tak jadi nampak tak bertapa susahnya saya nak jadi mahir hahahahahah teruk betul aku ni.

zaman sekarang dah canggih ada maker pen. tapi untuk nampak kemas lagi dan realistik pakai la pena. Ada peralatan lain seperti buluh cina, tapi kaedah meraut sama sahaja dengan batang resam. Kadang kadang ada pelajar yang saya mengajar mengaji minta ajar mereka tulis khat, saya ajar asas dahulu iaitu pensel saya potong serong dan ajar. kadang kadang saya beli pen khat sebagai hadiah. tapi tu la budak budak ni sayang tak nak pakai katanya. aduhai lutfi lutfi. maaf ya nama dia lutfi.

akhir kata saya semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat. sekiranya ingin saya menulis nama anda boleh la mesej di instagram saya BUDAK JALANAN SUKA GAMBAR di situ saya ada kongsi gambar karya saya

wallahualam. Maaf baru sempat menulis. esok kita akan cerita falsafah batang resam ya.

terima kasih kerana membaca perkongsian saya.

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started
close-alt close collapse comment ellipsis expand gallery heart lock menu next pinned previous reply search share star