ASAL MANUSIA.

Assalamualaikum pembaca sekalian. Hari ini saya nak kongsikan tentang diri kita dan siapa manusia.

Baik la. Kita pergi dahulu asal manusia. Manusia ini mempunyia 2 unsur iaitu ROH dan JASAD. Roh itu adalah merangkumi segala benda yang tidak nyata yang dikenali sebagai ROHANI manakala jasad pula adalah yang merangkumi segala benda yang ada pada tubuh badan yang nyata atau di kenali sebagai JASMANI.

Dalam al quran ada menyebut bahawa jasad manusia itu di cipta daripada tanah dan roh pua daripada Allah Taala. Tak silap saya surah sajadah ada menyebut yang membawa maksud ‘di mulakan kejadian manusia itu berasal dari tanah”

hadis yang di riwayatkan daripada tarmizi, Rasullullah pernah bersabda bahawa semua manusia berasal daripada adam dan adam itu daripada tanah.

oleh kerana asal kejadian manusia itu daripada tanah, lalu Allah meniupkan roh pada jasad yang di ciptakan oleh Allah. NAMPAK PENING KAN? RELAKS

senang cerita setelah Allah menciptakan jasad, lalu Allah menyempurnakan jasad kita itu dengan di tiupkan roh pada jasadnya.

oleh kerana asal kejadian manusia itu daripada tanah dan roh yang ditiupkan ke dalam jasad manusia oleh Allah taala, maka kehidupan jasmani manusia akan bergantung pada tanah iaitu bumi dan bahan yang bersumber daripada bumi dan kehidupan rohani manusia di dunia bergantung pada hidayah inayah dan taufiq Allah taala.

Jadi, di akhir hayat hidup kita di dunia ini jasad akan di kembalikan ke tanah dan roh kita akan di kembalikan kepada pencipta kita iaitu Allah Taala.

dalam hidup kita ini mempunyai tujuan dan manusia akan berusaha untuk mencapai tujuan hidupnya sama ada tujuan yang sementara ataupun tujuan yang kekal abadi, iaitu untuk memastikan diri kita itu sihat dan selamat, maju dan berjaya, di hormati bahagia, selesa, dan sebagainya.

Tujuan kita di ciptakan ini adalah untuk mengenal Allah, beribadat kepada Allah, dan menjadi khalifah di muka bumi.

Jika kita tahu yang kita di jadikan Allah akan memberi tanda tanda yang dapat memenuhi tujuan yang telah di tentukan olehnya. Antara tanda tanda nya ialah,

  • kita beriman kepada Allah dan Rasulnya
  • kita sentiasa ingat kepada Allah taala dalam apa apa jua keadaan dan di mana mana sahaja kita berada. tak kira di bulan ka di planet ka
  • kita melakukan ibadat dan amalan kerana Allah.
  • kita bersungguh sungguh melaksanakan tanggung jawab sebagai khalifah di muka bumi dengan taat pada perintahnya tinggal apa yang Allah larang.
  • kita sentiasa membaiki sasiah diri dengan mengamalka sikap toleransi dan berakhlak mulia.
  • kita sentiasa menyedari diri sebagai muslim dan berpegang teguh pada syariat islam yang di bawa oleh baginda Rasullulah sebagai nabi kita yang terakhir.

di akhir penulisan saya ini kita dapat kenal siapa diri kita, asal kita dan apa peranan kita sebagai khalifah di muka bumi.

mungkin penulisan saya ni seperti orang belajar tasauf kot, hahahahah sebenarnya saya terasa nak menulis yang bermain di fikiran kita. bila saya terbaca balik apa yang saya tulis ini bertapa kerdilnya saya ini.

di sini juga la saya rasakan saya perlu teruskan perjuangan hidup saya ini walaupun sering jatuh. mungki saya ini tidak hebat seperti orang lain tapi itu la jalan hidup saya perlu hadap. semoga penulisan saya ini atau bebelan saya ini dapat manfaat dan kalau boleh, JANGAN JADI MACAM AKU. aku ni taraf cap ayam ja.

Waalahuaam

saya ambil gambar saya guna teknik light traill kalau nak ambil la saya izin kan

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started
close-alt close collapse comment ellipsis expand gallery heart lock menu next pinned previous reply search share star