
Assalamualaikum pembaca sekalian. Hari ini saya nak kongsi tentang pengalaman saya seorang rider ketika zaman belajar dulu dan sekarang.
Semasa saya sambung pengajian di bumi Selangor saya naik motor dari kemaman ke Bandar Baru Bangi.
Pada awalnya saya naik bas. Tapi masalah yang saya selalu hadapi adalah tiket bas habis, tertinggal bas di TBS sebab di kolej saya pada masa itu pengangkutan ke KTM Bangi selalu lambat.
Masa tu selangor tak ada lagi bas percuma dan masalah pengangkutan selalu sahaja berlaku. Cemburu la tengok orang lain balik keluarga ambil. Ada yang naik flight cepat sampai.
Kalau anak anak kelantan mereka ada persatuan dia yang urus. Tapi persatuan anak anak Terengganu tak aktif sangat majoriti mereka balik keluarga ambil dan ada yang saudara mara terdekat. Kadang kala ada yang ponteng satu hari untuk bersiap nak balik.
Masa tu saya tak pandai nak tempah online. Asal saya tempah ja kosong. Kalau cuti mid sem atau study week saya tak balik saya habiskan masa saya di universiti jumpa pensyarah la untuk belajar bertanya soalan.
Jadi saya pun ambil jalan lain dengan membawa motor sendiri beribu kilometer hanya motor kapcai..
Dahulu kalau cuti semester saya akan balik pada malam hari kerana siang hari saya tak suka sangat sebab panas dan mengantuk. Saya ni dari dulu susah nak tidur malam. Siang lagi la tak boleh tidur
Benda yang paling perit adalah waktu hujan. Masa di highway lancang waktu malam pukul 1pagi saya hujan turun lebat tengah tengah gelap tak ada hentian. Hadap ja la sorang sorang.
Yang saya ingat semester 4 di highway maran minyak habis….saya bergelek jalan kaki tengah malam malam sorang sorang. Lepas tu hujan pula turun alahai kenangan dulu.
Semester 5 6 pun sama. Maknanya 3 tahun saya ulang alik dari kemaman ke selangor semata mata nak menuntut ilmu. Banyak kejadian misteri pun ada. Di karak motor tiba tiba mati. Kadang kadang rasa di ekori. Lepas tu tercium bau wangi. Saya masa tu buat tak tahu biasa la tempat macam tu.
Panas dan hujan, motor itu la membawa saya untuk belajar untuk habiskan ijazah dahulu. Kalau raya saya akan balik malam raya.
Mesti tertanya tanya kan macam mana saya bawa muatan kan. Saya tak bawa baldi saya tak bawa penyakut baju. Dari awal semester lagi. Saya tak macam orang lain bawak kipas bawa baldi. Saya hanya bawa baju kelengkapan laptop sahaja. Cadar dengan selimut saya tak bawa. 3 tahun saya tidur saya hanya selimut pakai kain pelikat sahaja. Selain itu saya bawa alat belajar
Kalau saya bawa laptop saya akan bungkus laptop saya dengan plastik hitam dua helai. Ikat kemas kemas. Dan beg itu saya ikat di belakang pakai tali.
Kalau musim hujan bawa motor sangat sejuk. Tapi tahan ja la, adat penunggang motor. Kalau lalu di lopak air kena tahan la kalau kereta lalu laju. Sebab bila kereta bawa laju di lopak air. Air tu akan tersimbah di muka.
Jika waktu hujan ada jambatan saya akan duduk jambatan sorang sorang tengah malam.
Kesan bawa motor pinggang jadi kebas. Tangan jadi kebas. Sampai turun motor saya akan jalan terkakang sebab lenguh sangat kalau berhenti di pondok hentian. Dalam keadaan basah saya boleh jadi terlena sebab penat sangat.
Sebelum saya bertolak saya akan servis motor sendir. Periksa minyak hitam periksa tayar . Rantai motor. Duit saya kerja kedai mamak cuci pinggan duit lebih tu la saya guna beli.
Kenangan yang saya tak boleh lupa di baserah kuantan ada roadblock ya la saya ni kan tubuh kurus bawa motor mata merah kena tahan saya di suruh buat urine. Saya pun buat la. Lepas tu tengah tunggu keputusan urine saya tanya kakak AADK bertugas. Saya tanya. “Akak saya mengandung tak?” Sampai satu kanopi termasuk polis bertugas situ gelak gelak kan saya.
Saya negatif ya la..saya tak ambil barang terlarang. Rokok pun saya tak hisap dan tak pernah hisap. Jadi saya tak takut la sebab saya tak ambil.
Tahun 2018 2019 selepas grad saya pergi temuduga dengan motor tu la saya bawa untuk pergi cari kerja pergi temuduga. Pelusuk negeri saya sudah pergi untuk temuduga. Selangor, pahang jerantut jengka kuantan lipis temerloh, johor, melaka, pulau pinang, kedah di ipoh perak. Manjung, kelantan negeri sembilan port Dickson nilai seremban labu jelebu. Perlis belum pergi lagi.
Hujan panas ribut taufan. Redah ja la. Di situ la saya belajar hidup susah dan bagi saya benda ni biasa la. Tekanan, sedih kecewa hadap ja la bila tak dapat temuduga. Hanya tahan. Tapi last last aku jadi gila hahahahhahahah
Kalau ikutkan banyak pengalaman dia tu . Saya anggap sebagai kenangan la suatu masa nanti. Semoga saya terus tabah la pada hari yang mendatang. Doakan saya ya
Di harap penulisan saya ini dapat jadikan sebagai panduan. Kalau awak mengeluh ada kereta kecil, awak bersyukur la kerana dapat elak hujan panas.









PENGALAMAN HARI INI ADALAH KENANGAN DI HARI MENDATANG. DI SITU AKU BELAJAR TENTANG KEHIDUPAN. SEMOGA ALLAH MEMBERI AKU KEKUATAN YANG TIDAK PUTUS KEPADA AKU SEORANG MANUSIA YANG LEMAH.
