
Asssalamualaikun. Salam sejahtera keatas baginda nabi Muhammad SAW
Hari ini saya nak ulask kan apa itu sambutan hari maulidur Rasul.
Hari maulidur Rasul yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW, menurut pandangan sebahagian ulamak seperti Imam al-Suyuti beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.
Salah satu tanda seseorang itu menyayangi Rasulullah SAW adalah dirinya merasa gembira dengan kelahiran Rasulullah SAW, serta berbangga dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Antara amalan yang boleh untuk dilakukan adalah berpuasa. Diriwayatkan dari Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:
“Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku”.(Riwayat Muslim)
Berselawat juga antara amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul. Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Perbuatan berhimpun di masjid atau di surau, di samping dapat solat fardu berjemaah. Demikian juga amalan berzanji yang dimaklumi mengandungi pujian tertinggi kepada Nabi Muhammad SAW dan diikuti dengan selawat kepada baginda tidak dapat dinafikan mengandungi banyak kebaikan di dalamnya. Sabda Baginda yang
Persoalan yang sering saya dengar. Wajar kah kita sambut maulidur rasul.
Ketika masyarakat Islam semakin jauh dari zaman Rasulullah SAW, maka umat Islam juga semakin jauh dari ilmu dan sirah yang menceritakan tentang kehidupan Rasulullah SAW. Juga kesan dari perkembangan ilmu barat yang menghakis nilai-nilai Islam sehingga tersebar pandangan-pandangan songsang seperti fahaman Liberalisma, Pluralisma dan fahaman-fahaman lain. Maka muncul para ilmuwan Islam yang ingin memupuk rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan meletakkan tarikh kelahiran baginda sebagai hari sambutan Maulidur Rasul.
Adalah tidak wajar menilai sesuatu dengan hanya beralasan para salaf tidak melakukan adat dan tradisi sambutan Maulidur Rasul tanpa melihat perbezaan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam antara dua zaman yang berlainan dalam memupuk kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam masyarakat.
Wallaualam sollu ala nabi….
