
Assalamualaikum, sudah lama jari jemari saya tidak menaip sebab sibuk dengan tempahan. Semoga pembaca dalam lindungan Allah semua.
Hari ini saya ingin kongsikan dari mana saya belajar menulis khat.
Saya mula belajar khat ni semester satu lagi ketika zaman pengajian saya di kuis. Untuk pengetahuan anda saya belajar selama 3 tahun tempoh pengajian saya.
Dahulu saya tak reti duduk diam. Bukan mengular ya, saya ni jenis suka cari idea baru. Sebab sepanjang pengajian itu la saya mencari peluang untuk mempelajari ilmu baru.
Saya mula minat pada khat ini sejak bangku sekolah rendah lagi. Tapi tiada peluang belajar. Dulu saya menulis jawi nak bagi ala ala khat saya akan tulis dengan kapur papan hitam dan saya tajamkan mucung.
Dulu masa saya zaman sekolah, saya akan ambil kapur dan tulis di atas kayu atau papan playwood. Itu la mula mula sekali saya menulis.
Ketika zaman pengajian di kuis saya ternampak pensyarah dari Akademi Islan sedang menulis khat dengan pena buluh. Ketika itu saya sedang menunggu giliran saya untuk tasmiq quran. Masa itu la saya berjumpa beliau dan bertanya tentang pena buluh.
Bermula dari situ la saya setiap kali habis kelas saya akan pergi bilik pensyarah itu dan tengok apa yang dia buat. Di situ la juga dia bertanya. Abey kau minat ka kaligrafi ni.
Saya mengangguk dan saya sampaikan hasrat saya untuk belajar. Dia pun pergu ke laptopnya dan print huruf sambungan.
Selepas itu dia pun memberi saya dan memberi maker khat dan tulis di bilik. Selesai saya isyak di masjid dan siapkan assignment course saya, saya akan buat apa yang ustaz tu suruh.
Mula mula memang comot dan litang pukang sekali. Hari demi hari bulan demi bulan siap kena marah kena tegur, alhamdulillah semester 5 tu saya sudah boleh menulis khat nasakh dan thuluth.
Selepas itu dia pun hadiahkan maker khat itu dan berpesan ada masa tulis la ayat al quran kalau orang baca pahala itu akan mengalir selagi orang lain baca dan ingat
Pada masa itu juga la dia mengajar saya cara meraut batang resam dan buluh jadikan pena. Teknik celup itu la nampak seperti komputer dan garisannya sangat halus.
Beberapa lama itu saya tinggal kerana emosi saya tidak stabil dan saya terdetik cuba menulis. Alhamdulillah Allah tidak mengambil bakat itu dan masih lagi menulis. Saya cuba menulis nama orang dan post di media sosial.
Saya terkejut kerana ramai yang meminta saya menulis khat sebagai hadiah cenderhati. Sejak itu saya bergiat seni khat ini.
Antara rezeki yang saya tak jangka saya mendapat mesej di instagram saya, kerabat diraja meminta tuliskan perkataan la Tahzan dan dia akan bayar.
Pada mulanya saya takut jika tidak mencapai kehendak tengku, lalu saya buat dan hantar ke beliau.
Saya sangat bersyukur kerana sanggup bayar dengan harga 100 ringgit. Di situ saya rasakan ini adalah rezeki saya. Bermula dari itu banyak tempahan sehingga saya tiada masa untuk menyambung penulisan novel saya yang sudah 30 bab.
Selain itu saya juga menulis khat sebagai sedekah jariah saya kepada grop facebook saya. Alhamdulillah ada sambutan positif. Semua ini adalah dari Allah dan Allah yang menggerak kan saya. Saya tiada apa apa pun.
Di harap suatu hari nanti saya membuka galeri dan mengajak orang muda untuk menulis khat kerana ini adalah warisan agama kita dan setiap huruf huruf itu adalah dari alquran yang turun melalui malaikat jibrail.
Dan semalam saya mendapat lagi tempahan orang kenamaan orang kuantan pahang untuk menulis atas kanvas. Pada mulanya saya takut kalau tak menjadi. Saya akan cuba sebagai cabaran diri saya. Doakan saya ya
Di bawah saya kepilkan gambar hasil seni saya untuk tontonan pembaca. Saya tidak pandai itu semua Allah yang gerak kan saya. Saya tiada apa apa.
Saya sangat bersyukur kerana non muslim melihat karya saya ketika hantar di JNT untuk pos tempahan dia tertarik pada islam kerana kalimah jawi ini dia tertarik pada islam. Alhamdulillah. Mukjizat huruf al quran. Semoga dia menjadi muslim yang hebat dan memberi manfaat kepada agama islam.












Saya harap hasil saya hanya sekelumit ini saya dapat membuka galeri dan saya ingin menarik generasi baru cintakan khat. Ini la warisan kita dan semoga saya dapat berbakti dan berkhidmat pada masyarakat…
Gerak tarian dari pena ku tidak akan berhenti selagi si pengatur tarian tidak berhenti
KEPADA ALLAH AKU BERSERAH….
