SEKOLAH DARJAH KHAS.
Assalamualaikum seperti biasa tajuk hari ini apa yang saya nak bahaskan adalah DARJAH KHAS. Dalam fikiran pembaca mesti tertanya tanya apa itu darjah khas, dan saya ada ambil sijil darjah khas. Masa saya temuduga guru kafa dulu saya cakap saya ada darjah khas, mereka fikir sekolah kurang upaya sebab ada perkataan KHAS mereka ingat saya menerima pendidikan khas.
Baik lah hari ini saya akan pecahkan rahsia apa itu darjah khas dan kenapa orang Johor akan pandang tinggi darjah khas. Dan saya bangga, walaupun saya bukan anak jati johor saya boleh pangkat 1 darjah khas.
Ok darjah khas ini adalah kelas atau tingkatan yang paling atas dalam pembelajaran sekolah agama di negeri Johor. Sekolah agama ini adalah di bawah kerajaan negeri Johor dan bermula tak silap saya pada tahun 1923. Saya tahu sebab sata tanya cikgu darjah khas saya dulu cikgu Bukhari nama dia.
Untuk melayak kan darjah khas, orang itu perlu lulus peringkat sijil darjah enam di sekolah agama itu. Nampak macam senang kan. Orang Johor mesti tahu nak ke darjah 6 sangat susah.
Saya akan cerita pengalaman saya ya.
Saya berpindah di Johor masa saya nak naik darjah 3. Masa mula mula saya sekolah di Johor mak saya daftarkan saya sekolah agama sebab dekat situ semua orang menghantar sekolah agama.
Sangat susah. Semua tulisan jawi dan saya dulu nak katakan lembab jugak la. Yang saya sangat terkejut sekolah kebangsaan saya darjah 3 sekolah agama saya darjah 2. Jadi sekolah kebangsaan sesi pagi saya bergaul darjah 3 sesi petang saya bergaul dengan darjah 2.
Saya tak pandai baca jawi. Selalu lah kena ejek budak bodoh ya lah. Umur 9 tahun darjah 3 sekolah kebangsaan tapi sekolah agama saya darjah 2. Saya tak anggap benda tu halangan. Saya belajar betul betul lah selalu rajin tanya cikgu walaupun kena marah ya lah lembab kan.
Bila peperiksaan 100% jawi dan kalau orang tu lulus boleh naik kelas dan kalau orang tu gagal kena stay kelas tu sampai lulus. Pening kan ? Contoh nya macam ni
Awak umur 11 tahun kalau sekolah kebangsaan mesti darjah 5. Dan kalau awak gagal, tahun depan awak tak boleh naik darjah 6 awak kena ulang lagi darjah 5 sehingga awak lulus.
Jadi, nak naik darjah khas ni susah.
Tahun demi tahun saya tak pernah terkandas atau ulang alhamdulillah saya lulus. Masa tu la saya kejar orang yang mengata saya lembab dan tinggal dia
Dan saya berjaya melayak kan diri saya untuk mengambil darjah khas keputusan saya nombor 2 terbaik seramai 17 calon.
Memang sedikit sebab nak ke darjah 6 tu susah ada orang tu yang saya kenal umur 14 tahun ting 2 pun masih darjah 6.
Dengan pencapaian saya itu saya melayakan ambil sijil darjah khas masa tingkatan 2.
Bangga lah sebab orang yang boleh darjah khas ramai ting 4 sekolah menengah
Tapi masa tu keluarga saya kena pindah semula ke Terengganu.
Nak tinggal Johor sayang sebab dah layak ambil darjah khas tu. Hanya untuk terus belajar ambil exam ja.
Jadi saya cakap dekat abah saya. Saya nak stay Johor sorang sorang untuk ambil darjah khas dan tinggal di asrama sekolah menengah.
Maka tinggal lah saya sorang sorang di Johor yang masih mentah lagi baru tingkatan 2 bertubuh kecil. Orang lain tingkatan 2 masih lagi tidak renggang di rumah tapi saya tingkatan 2 dah berjauhan.
Usia muda dah bedikari.
Saya duduk
Kelas darjah khas subjek yang kena ambil
Al quran. Belajar ilmu quran dan kena hafal surah.
Tauhid ilmu Allah ilmu yang mengtauhidkan Allah.
Ibadat. Ilmu fekah ibadat yang menyeluruh.
Munakahat belajar tentang ilmu perkahwinan atau rumah tangga dari awal hingga akhir. Sangat lengkap.
Muamalat ilmu tentang jual beli atau perniagaan islam.
Jenayat ilmu perundangan islam.
Faraid ilmu tentang harta pusaka dan pembahagian harta.
Mustolah hadiht dan hadith belajar tentang hadis, belajar tentang perawi hadis dan pengenalan hadis.
Tafsir belajar tafsir quran.
Sirah ilmu tentang zaman khalifah dan tokoh tokoh islam.
akhlak dan tasauf. Yang ni senang cerita ilmu tentang kenal diri la.
Banyak kan…?
Ikut kan nak cerita menyeluruh ilmu ilmu tu sangat panjang dan tak akan habis. Kalau nak belajar boleh pm saya ya hahahahaha
Darjah khas ni dulu hanya hujung minggu hari sabtu sahaja. Masa tu saya ting 2 sekalah kebangsaan.
Saya lebih berminat sekolah agama darjah khas berbanding saya sekolah menengah sebab saya sekolah menengah dulu boleh di kata kan mangsa ejek kan la. Jadi kalau kokuriklum hari sabtu saya tak pergi bagi saya sekolah agama darjah khas lah paling seronok.
Pakaian dia bersongkok hitam, baju lengan panjang, seluar coklat, berkasut hitam.
Baju itu lah saya pakai dulu hari sabtu pergi sekolah. Di asrama hari sabtu kalau tak ada kokuriklum orang lain sedap tidur pagi pagi saya sorang ja pergi sekolah agama jalan kaki. Dalam 700 meter dari asrama.
Di asrama ramai yang tak ambil darjah khas ramai yang sekerat jalan sebab sangat susah. Tapi saya tekad kan diri saya ambil darjah tinggal sorang sorang tanp keluarga. Masa minggu balik saya tinggal di asrama sorang sorang.
Ujian percubaan saya dapat pangkat 2. Saya usaha betul betul
Bila ujian sebenar saya duduk rumah atuk angkat saya.
Saya ingat lagi ujian sebenar bulan oktober masa tu cuti panjang dah bermula, nak duduk asrama tak boleh saya tidur di masjid tenggaroh makan apa yang ada ja.
Alhamdulillah ada seorang pak cik ni dia tegur saya kenapa tidur di masjid saya cakap saya nak ambil peperiksaan darjah khas. Nama atuk saya wak Jais. Dia terkejut la yang keluarga duduk terengganu saya sorang sorang tinggal di johor untuk ambil ujian darjah khas.
Orang Johor sangat sanjung darjah Khas sebab nak duduk tempat tu sangat susah.
Hari demi hari ujian sebenar bermula saya ambil dan masa tahun 2013. Saya baru ambul keputusan di Johor Naik motor. Masa tu saya tingkatan 6 atas.
Masa saya ambil keputusan tu. Saya sangat bangga sebab dapat pangkat 1 semua subjek saya dapat gred 1.
Gred dia kira macam ni lah
A gred 1
A- gred 2
B+ gred 3 dan seterusnya.
Memang saya terkejut saya dapat pangkat 1 dan unit peperiksaan pun terkejut saya dapat pelajar terbaik masa tu. Lalu pegawai tu pun beri sijil.
Saya bangga la sebab saya bukan rakyat Johor tapi saya boleh dapat darjah khas.
Antara kelebihan darjah khas ni dia boleh menyambung peringkat STAM sekolah negeri Johor dan yang paling penting sekali dapat berkhidmat dengan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Sebab syarat nak jadi askar Timbalan setia negeri Johor atau JMF Johore Military Forces adalah anak jati Johor, boleh menulis Jawi, hafal surah Yassin dan memiliki darjah khas. Sebab itu siapa ada darjah Khas dia adalah Bonus.
Saya dah cuba memohon JMF tapi gagal sebab saya bukan anak jati. Nak tergelak pula bila teringat saya memohon JMF tapi bukan saya buka anak jati Johor. Jadi tak cukup syarat la tu.
Saya bersyukur sangat ilmu darjah khas masih lagi lekat bila saya rindu saya akan buka kitab untuk kembali kan ingatan saya.
Kawan satu kolej dulu orang Johor bila saya tanya ambil tak Darjah Khas. Majoriti kata tidak sebab susah sangat. Apa saya boleh kata kan.
Saya bangga dengan diri saya.
Pesanan saya kepada anak anak yang ambil darjah khas. Awak orang Johor, rebut la peluang yang ada. Belajar lah kerana ilmu. Darjah Khas ni orang memandang tinggi. Jadi kutip la ilmu tu. Habis darjah khas jangan berhenti belajar.
Teruskan belajar belajar dan belajar.
WAALLAHUALAM
Maaf tak ada gambar kenangan zaman darjah khas sebab saya tak pernah pakai phone. Sijil darjah khas ada dalam file saya malas nak cari.
inshaAllah akan datang saya akan cerita lagi tentang ilmiah.
Doakan saya ya.
