Terima Kasih Ya Allah
Pengalaman merawat orang
Assalamualaikum apa khabar pembaca sekalian. semoga semua dalam rahmat Allah semua. Hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya merawat terkena sihir atau gangguan jin.
Pada tahun 2013 saya menjadi guru kafa. Di Terengganu. Orang gelarkan ustaz. Ya la pengajar guru kafa kan. Itu pun kontrak. Sekarang saya tak menjadi guru kafa sebab kontrak habis dan tiada kekosongan. Sekarang saya jadi penulis la.
Pada tahun 2013 ada seorang pelajar ni nama dia sheikh muhammad aqil. Budak ni baik orangnya sekarang dah tingkatan 2 dah. Dah besar dah.
Malam malam dia akan bertandang rumah saya untuk mengaji kebetulan dia membaca surah al jin…walaupun masa tu dia darjah 2 dia tidak mengenal huruf saya ajar iqra alhamdulillah dia dapat baca dengan tartil…dia dari darjah 1 lagi saya ajar iqra.
Cara saya mengajar mengaji setiap kali selepas mengajar saya akan ceritakan intisari ayat Yang saya tahu. Jadi sebelum mengajar tu saya buka dulu la kitab tafsir dan fahami untuk kembali kan ingatan saya.
Tiba tiba dia bertanya tentang gangguan jin. Saya hanya jawab apa yang saya tahu sahaja apa yang tak tahu saya akan jawab tidak tahu. Sebab ilmu quran ni tak boleh buat buat tahu
Antara symptoms symptoms atau gangguan yang emaknya alami adalah selepas asar badan dia panas walaupun sudah mandi.
Selain itu malam malam dia akan menjerit seperti histeria dan pagi pagi di lengan dia lebam seperti di gigit.
Selepas maghrib badan dia tercucuk dan dia muntah keluar benang warna merah. Dan sheikh ni selalu jadi mangsa pukul maknya.
Ada satu hari dah seminggu shekh tidak datang sekolah saya risau saya buka file cari alamat dan pergi dengan motor saya ni la.
Bila saya datang rumah bulu roma saya mula meremang dan memberi salam emaknya menyahut salam saya sangat terkejut mak dia kurus sangat mata lebam seperti tidak bermaya.
Masa tu la saya dapat rasakan dia di sihir. Pada esok kan harinya saya berjumpa arwah ustaz salim seorang guru kafa juga bertanya tentang ruqyah ini.
Oh ya lupa. Saya sempat belajar dengan al marhum ustaz harun Din. Dia ada buka cawangan darul syifa di kemaman dan pernah belajar. Saya sempat di ijazahkan oleh anak murid rapatnya iaitu ustaz megat pada awal tahun 2013
Pada hari ke 2 jatuh hari jumaat pagi. Saya pergi ke rumah dan masa tu emaknya baru sedarkan diri. Dan ayahnya iaitu atuk pada shekh Pok jo ada cakap dia baru sahaja meracau dan pengsan tadi..
Saya meminta segelas air saya membaca istiazah saya baca basmalah dan saya membaca ayat kursi dan selawat.
Saya suruh minum dia sembur balik dan muntah. Dengan keadaan tidak bermaya dia minta nak tidur sekejap. Boleh di katakan sudah kritikal
Lalu saya minta izin untuk balik dan jumpa malam hari. Di malam hari saya datang balik saya meminta emaknya memakai telengkung solat dan saya memakai sarung tangan.
Saya masuk rumah dia saya suruh duduk berlunjur mengadap pintu luar lalu saya meletak kan tangan saya di belakangnya, dan saya mulakan dengan bacaan al fatihah dan membaca ayat ruqyah.
Tak sangka dia berubah channel kata orang la. Suara menjadi garau dan mengadu sakit.
Mengikut apa yang saya belajar. Jin ni akan duduk di sendi sendi badan. Masa baca ruqyah walaupun berlapik dengan sarung tangan warna putih yang orang guna untuk buat kerja binaan tu saya dapat rasakan seperti arus elektrik dan suam suam panas.
Sepanjang rawatan tu dia bercakap dan ada keluar bahasa siam. Kejap kejap bahasa jawa. Saya Siap kena terajang lagi dengan pesakit. Sakit juga la kena terajang dari dia. Lalu saya teruskan membaca ayat al quran atau ruqyah sampai berpeluh saya ni.
Proses menangkap masuk ke dalam botol, pergerakan saya seperti menangkap angin dengan kelembutan la. Terasa suam suam di tapak rangan saya tu. kalau di makrifatkan atau diibaratkan saya menarik jin tu masuk kan ke dalam botol. Nak cerita tentang ni susah, jadi kalau nak belajar boleh jumpa saya tapi tanya la yang lebih arif lagi.
Ketika Saya membaca surah Hud ayat ruqyah saya, Sambil itu juga tangan saya membuat pergerakan seolah olah menarik jin itu, saya terasa tangan saya terasa suam dan hangat walaupun memakai sarung tangan putih yang selalu buruh binaan pakai untuk membuat kerja dan pada masa itu juga la pesakit itu pula meronta ronta menjerit.
Apabila di masuk kan ke dalam botol air mineral, saya tutup dan saya menyuruh pok jo dan isterinya pegang di bawah botol itu. Dia kata terasa panas panas suam di bawah tapak botol. Menurut pelajaran saya, itu bermakna jin itu sudah pun di kurung. Ia terasa panas kerana sifat jin atau iblis ini adalah daripada api.
Saya lalukan tangan saya di kaki dan di ubun ubun ibarat nak scan la kan dia meraung sakit. Lalu saya minta pok jo cari lagi botol untuk stand by. kali ini sangat degil iblis ini siap suruh halau balik tak cukup ilmu tak payah datang.
Biasa la iblis dan nak jatuhkan kita kan. Saya teruskan membaca sehingga dia menjerit sambil tu saya lalukan tangan saya dari lutut sampai ke kepala. Tiba tiba dia nak muntah.
Apabila dia nak muntah saya sediakan satu besin isteri pok jo tu dan dia muntah di dalam besin besar tu. Selepas habis dia muntah, saya pun terus lalukan tangan saya ke dalam botol. Kalau kita makrifatkan dia seperti menarik jin tu masuk kan ke dalam botol juga la sama menangkap jin yang mula mula tu. Selepas itu baru la dia diam dan terbaring dalam keadaan longlai
Saya mengambil segelas saya membaca 4 Qul dan ayat kursi lalu saya meminta minum. Pada masa yang sama juga saya minta pok Jo sapukan air nya di muka dan di bawah kelopak mata. Dalam keadaan tidak bermaya dia pun baring masa tu lah baru boleh bercakap sedikit.
Selepas selesai semua itu lalu pok jo menegur di besin bekas muntah tu dia ternampak seperti pasir halus berwarna hitam hitam kuning.
Saya teringat ustaz megat cakap biasanya sihir ni di hantar dengan serbuk besi. Saya tak tahu itu besi ka pasir ka entah saya tak tahu. Sebab saya tak tengok sangat. Saya takut loyar tekak tak pasal pasal saya muntah juga nanti.
Selepas selesai semua. Saya membacakan ayat ayat al quran di dalam botol air itu lalu saya menyurh dia minum untuk akan datang. Apabila selesai membaca ayat quran dan untuk beransur pulang Pok jo tanya berapa pengeras. Saya ni lurus tanya pengeras untuk apa? Simen nak buat rumah ka.? Dia pun cakap la berapa upah.
Saya tak meletak harga sebab itu bukan sumber cari makan saya. Nawaitu saya nak bantu kerana sheikh anaknya itu pelajar saya.
Lalu kami bersalaman dan dia menghulurkan sebanyak 50 ringgit sekeping. Saya terkejut dan menolak sebab banyak sangat ni. Dia kata itu rezeki. Nak jaga hati dia saya menerima. 2 buah botol yang ada jin di dalam tu masing masing takut kalau berada dalam rumah sebab saya pesan esok boleh la buang di pantai kijal ataupun tanam. Se eloknya tanam terus. Mereka takut sebab tak biasa katanya, Lalu saya ambil bawa pergi ke kubur untuk tanam.
Masa dalam perjalanan ke kubur tengah malam saya rasakan seperti orang mengikut saya dari belakang. Saya berserah diri pada Allah dan ambil cangkul di pondok tu saya seperti kena tolak dari belakang sampai terjatuh. Saya buat tak tahu dan terus korek lubang untuk tanam botol tu. Masa tu bulu roma lengan saya meremang saya buat tak endah.
Selesai tanam baru tak ada rasa itu balik rumah terasa sangat sangat penat. Saya mandi lepas tu solat witir 2 rakaat saya pun tidur.
Esok kan tu saya pergi rumah sheikh dan emak dia semakin baik boleh berjalan dan rasa ringan sedikit badan. Alhamdulillah berkat mukjizat al quran.
Saya pun jumpa ustaz megat dan bercerita lalu dia pun cakap kenapa tak ajak dia. Saya call banyak kali tak dapat. Masa tu telefon smart phone tak pakai lagi saya pakai nokia butterfly ja masa tu tak ada gambar nak snap untuk tunjuk.
Ustaz megat selalu pesan jangan rasa diri hebat semua itu pertolongan dari Allah dan itu pengalaman pertama saya merawat. Saya tergerak hati untuk cuba. Kalau orang kampung kata test ilmu la. Alhamdulillah Allah izinkan sembuh
Di sini saya nak kongsi. Sekiranya nak merawat orang paling utama sekali Yakin pada Allah itu sangat utama. Selain itu perlu sihat dari segi fizikal kita dan mental.
Selain itu kena berserah diri. Bukan saya yang menyembuhkan tapi Allah yang menyembuhkan saya hanya perantara. Itu kena pasang niat.
sihir ni tak pelik sebab Rasulullah sendiri pun pernah kena sihir.
Pokok pangkalnya kembali kepada Allah.dan m
Itu yang saya dapat ceritakan pengalaman saya. Untuk pembaca kalau boleh pagi subuh bacakan al mathurat bukan tujuan untuk pahala semata mata tapi untuk keredhaan
Apa yang saya nak cerita ni nak memberi tahu pembaca itu la mukjizat al quran. Hebatnya quran yang turun zaman berzaman dah.
Maaf gambar tak ada sebab dulu tak pakai telefon yang ada kamera. Saya start pakai smart phone masa saya mula mula masuk semester 1 di kolej hadiah dari orang 1 kelas. Pada tahun 2016 Sampai sekarang. Jenis phone samsung.
TAPI TU LA KAN SAYA DULU BOLEH MERAWAT SEKARANG SAYA KENA MDD SAYA SENDIRI TAK BOLEH NAK RAWAT DIRI SAYA BODOH KAN SAYA HAHAHAHAHA
SAYA DALAM PROSES PERMULIHAN SEMOGA APA YANG SAYA CERITA PENGALAMAN INI DAPAT AMBIL IBRAH DAN JANGAN JADI SEPERTI SAYA.
MAAF KALAU ADA SILAP EJAAN ATAU TATABAHASA. TELEFON SAYA NI HANK SIKIT KALAU NAK BAIKI EJAAN. SEMOGA PEMBACA JANGAN PENING YA APA YANG SAYA TULIS. SEKIRANYA TIDAK FAHAM BOLEH LA TANYA TANYA SAYA. WAALLAHUALAM
