
Assalamualaikum pembaca pembaca yang saya kasihi. Semoga anda dalam lindungan Allah S.W.T hari ini saya ingin menceritakan kenangan saya menjadi guru kafa dulu kala.
Selepas temuduga di pejabat yayasan islam Terengganu saya lulus temuduga itu dan ujian yang di beri maka saya layak di lantik menjadi Guru Kafa Pada tahun 2013.
Sekolah yang perlu saya lapor diri adalah sekolah kluster Teluk Kalong Kemaman. Berhampiran dengan rumah saya.
Saya ditugaskan mengajar tahun 2. Nama kelas itu 2 al ghazali saya ingat lagi nama kelas tu. Kelas itu agak nakal dan bising la juga tapi bagi saya tiada masalah itu adalah pengalaman baru saya.
Guru PK HEM ada berpesan kelas itu agak nakal dan bising. Dia meminta saya garang sedikit supaya dapat kawal kelas itu.
Hari pertama saya masuk kelas itu saya ternampak pelajar berdiri atas meja ada yang berlari lari ada yang menulis menconteng di papan hitam bila saya masuk mereka tiba tiba diam. Dan ketua kelas bersuara. Semua bangun!!! Assalamualaikum ustaz.!!
Saya sangat terkejut mereka memanggil saya ustaz. Ya la sebelum ni sebagai tukang rumah sebagai buruh binaan tapi hari ini mereka memanggil saya ustaz.
Gugup la juga tapi saya buat cool. Saya perkenalkan diri saya dan saya memegang kelas 2 al ghazali. Ketika saya menyalin nota di papan hitam pelajar sedang bermain main dan membuat bising. Bagi saya itu normal kerana mereka masih kanak kanak. Dunia kanak kanak adalah dunia bermain.
Subjek saya ajar ulum syariah. Sambil saya terangkan mereka masih lagi bercakap cakap lalu penolong ketua kelas perempuan menjerit.
“Tolong la diam!!! Ustaz nak mengajar ni!!!” Semua jadi diam. Hebat kan suara perempuan ni.
Namun tak sampai seminit kembali bingit. Dan ada pelajar perempuan ini menegur saya. “Ustaz marah la diaorang”
Lalu saya pun tinggikan suara. Meminta perhatian apa yang saya nak cakap dan mereka dengar. Lalu semua diam seketika.
cuba pancing minda pelajar. Saya memberitahu tentang adab ketika guru berada di depan sebagai pelajar apa harus kena buat. Saya memberitahu 2 al ghazali ini adalah pelajar yang kreatif yang hebat. Semua pelajar baik baik belaka.
Lalu saya menceritakan kepada mereka waktu bermain kita bermain waktu belajar kita belajar. Lalu saya menceritakan kisah para sahabat ketika menuntut ilmu dengan Rasulullah. Dan mereka asyik mendengar.
Baru saya tahu kanak kanak ni suka mendengar cerita. Apabila saya mencerita mereka akan diam. Bermula dari itu saya mengajar subjek ulum syariah, fekah ibadat dan al quran saya akan selitkan cerita. Sampai satu sekolah pelik 2 al ghazali orang kenal pelajar yang bising tidak dapat di kawal sejak saya mengajar kelas itu menjadi senyap apabila saya mengajar.
Baru saya faham sebelum ini kanak kanak tidak terima jiwa mereka dari guru lain. Sejak saya masuk alam mereka, semua pelajar memberi perhatian penuh.
Pada masa itu kanak kanak suka bermain lawan pemadam. Jadi saya pun bawa pemadan saya ajak pelajar bermain dengan saya satu kelas itu tengok saya main lawan pemadam dengan pelajar ini bernama bakhtiar. Mereka terkejut sebab ustaz main pemadam sekali. Tujuan saya bermain itu untuk menarik minat mereka dan biar mereka senang apabila belajar dengan mereka.
Sepanjang mengajar tahun 2 memang kena sabar sebab majoriti masih belum lagi mengenal bacaan al quran. Saya mengajar dengan sabar layan karenah anak anak bangsa ini dan hasilnya mereka berjaya mengenal dan membaca. Saya sangat bangga dengan mereka. Apabila akhir tahun, pelajar akan ada buat jamuan kelas. Majoriti pelajar takut jamuan kelas kerana kena bayar. Lalu saya pun guna duit gaji saya Rm 700 sebulan dengan bayar lambatnya berbanding guru lain sebab saya status kontrak. Saya belanja mereka.
Malam tu saya beli bihun cap terung dalam 10 bungkus cukup 22 pelajar dan membeli ayam 13 ekor potong 4. Selain itu saya membuat kek coklat hanya membeli bahan dan membuat sendiri. Saya boleh buat kek sebab selepas stpm saya pergi kursus pastri di kolej komuniti dengan bayaran 30 ringgit. Jadi kemahiran itu saya guna la.
Esok pagi saya berulang alik bawa bekas bihun singapura ayam bakar saya bakar sendiri dan kek saya buat sendiri saya ulang alik dari rumah ke sekolah 3 kali trip sebab saya tiada kereta untuk bawa.
Sampai di sekolah mereka masuk kelas semua dah di hidang sekali hiasan kelas. Masa tu saya datang awal. Sebelum makan saya memberi ucapan terima kasih kerana menjadi anak yang baik dan dapat keputusan akhir tahun cemerlang. Lalu mereka pun makan. Semasa mereka makan ramai kata sedap…bangga juga saya. Ya la kanak kanak ni jujur hahahaha selain itu memang sedap sebab free. Selepas habis jamuan saya kumpul bekas basuh dan bawa balik.
Masa tahun 2014 saya kena mengajar darjah 4. Ini sangat mencabar sebab mereka sudah mula berfikir dengan baik.
Ada sesekali pelajar menangis kerana gagap baca quran apabila habis kelas semua pelajar balik, ada pelajar ini bernama fatulrahman menangis kerana tidak dapat membaca quran seperti orang lain. Ada riaksi wajah tertekan. Lalu saya pun berkata. Fatulrahman pelajar yang dapat lebih dari orang lain. Orang lain hanya dapat 1 pahala membaca quran tapi fatulrahman dapat 2 pahala.
Dia bertanya kenapa, lalu saya pun bercakap 1 kerana membaca 2 kerana bermujahadah membaca. Saya menawarkan diri saya untuk mengajar dia sampai pandai. Hilang sedikit sedihnya itu.
Ada lagi kenangan saya teringat ada pelajar ini maaf tak boleh sebut nama rahsia. Ketika saya sedang mengajar dan pelajar menulis apa yang saya tulis di papan hitam ada pelajar dari kelas lain memanggil saya dengan muka yang cemas. Bila saya tanya kenapa dia meminta untuk bisik di telinga.
Lalu saya pun rendahkan badan saya untuk dengar yang adik dia darjah 2 terberak dalam seluar nak minta tolong orang lain malu dan adiknya berada di dalam tandas. Lalu saya pun terus meminta ustazah kelas sebelah tengok kan kelas saya seketika dan saya pergi koperasi membeli pakaian PJ. Saya pergi tandas saya suruh cuci dahulu lepas tu saya suruh tukar pakaian pj yang saya beli di koperasi.
Lalu saya mencuci seluar dia dan jemur di pagar taman sains. Selepas pakai saya pesan pada adik dia jangan takut nanti saya cerita ustazah awak.
Selepas siap semua saya membawa adiknya itu pergi ke kelas saya memberi tahu bajunya basah kena air sudah gantikan. Saya kata bergitu sebab nak tutup aib. Ya la takut di ejek. Bahaya kalau usia kanak kanak kena ejek sebab saya sudah rasa. Sangat tertekan pergi sekolah.
Selepas itu abangnya ucap terima kasih sebab tidak pecahkan rahsia.
Pada masa itu upsr masih ada ramai pelajar darjah 6 jumpa saya menceritakan masalah tertekan belajar. Ada yang depress nak bunuh diri sebab kena marah dengan mak percubaan hanya dapat 3 A. Ada yang menangis. Saya menjadi pendengar setia dan penasihat anak anak itu.
Saya memberitahu kepada mereka upsr ini adalah permulaan bukan penentu masa depan. Saya pun kadang kadang memberitahu bahawa menuntut ilmu ini susah. Yang penting sabar dan jangan mengeluh ketika menuntut ilmu. Saya suruh mereka lepaskan kesedihan dan mulakan hari baru.
Setiap hari selalu memberi kata semangat dan kata doa doa. Selain itu saya juga memberi motivasi…”padahal aku lagi teruk kot hahahaha”
Mereka kembali semangat untuk terus belajar malam malam saya solat hajat berdoa semoga anak anak ini berjaya. Altenatif lain saya membeli air mineral 3 kotak besar saya bawa dengan motor saya ni pergi masjid untuk bacaan yassin dan solat hajat.
Air itu bukan untuk memberi kekuatan tapi sebagai psikologi mereka. Selain itu saya membeli pensel 2B dan memberi pelajar pelajar darjah 6 untuk upsr. Overkan saya hahahahahaa kalah cikgu tulen..
Yang saya teringat ketika saya mengajar darjah 4 sedang menulis di papan hitam ada 2 orang pelajar lelaki ini sedang khusyuk menunduk apabila saya senyap pergi ke meja dia. Saya terkejut. Mereka membuat replika senjata dengan kertas.
Saya sangat terkejut mereka otak kreatif. Tapi mereka takut takut dengan saya ya la takut saya marah.
Saya tak marah saya siap puji ya lah hasil mereka sangat kreatif. Pelajar tu rasa bangga sebab orang puji apa yang dia buat. Kalau cikgu lain mesti marah.
Pada masa itu saya selitkan dalam minda mereka. Belajar betul betul buat lah reka lah cipta lah produk untuk negara kita. Biar dunia gerun nama malaysia. Kutip la ilmu reka cipta. Saya kumpul kan dan saya meminjam telefon pelajar saya masa tu dia membawa telefon Colby…saya tak mampu membeli smart phone dan ambil gambar saya simpan di pendrive untuk kenangan.
Hari terakhir saya mengajar saya bercakap dekat mereka tahun depan saya tidak lagi mengajar sebab saya nak sambung belajar. Masa tu saya dapat tawaran ke KUIS kolej universiti islam antarabangsa selangor.
Agak terharu kerana majoriti menangis perpisahan ini. Saya tak menangis sebab dulu saya susah menangis kalau orang dapat dengar saya menangis dia yang terpilih la tu. Mereka memberi kad tak sangka anak anak sayang saya. Saya menganggap mereka anak saya.
Saya tak galak kan mereka panggil saya ustaz. Tapi saya galakkan mereka panggil saya abah…sebab itu mereka akan panggil ustaz aboh. Kadang kadang ustaz miro. Orang ganu kan.
Banyak kenangan saya nak cerita. Apa yang saya nak kongsikan sekira pembaca seorang ibu bapa atau seorang pendidik…
Saya ingin berpesan. Kanak kanak adalah dunia bermain. Anak anak adalah amanah. Sanyangi anak anak. Mereka perlukan orang dewasa untuk faham mereka.
Selain itu bersabar la dalam mendidik anak anak. Anggap anak anak sebagai kawan8b7d kita. Beri lah perhatian penuh. Ya memang penat. Nanti bila kita mati. Anak anak ini lah akan doakan kita sedekah al fatihah pada kita. Jadi sabar la.
DULU DULU SERONOK WALAUPUN GAJI LAMBAT BAYAR DAN KOTRAK TAPI USIA MUDA SAYA SUDAH MENEROKA MENCARI PENGALAMAN UNTUK AKAN DATANG. ANDAI KATA SAYA KAWIN ATAU MEMPUNYAI ANAK SAYA SUDAH BIASA MELAYANI KARENAH ANAK.
TAPI TU LAH SAYA TAK AKAN KAWIN KOT. YA LA SIAPA NAK KAWIN DENGAN ORANG YANG MENTAL ILLNESS KAN TAK ADA KERJA TETAP PULA, AKU SUKA ORANG, BELUM TENTU ORANG SUKA AKU DASAR SYOK SENDIRI TAK PERNAH SEDAR DIRI MUKA MACAM SELIPAR JEPUN MASJID NI PADAN MUKA AKU
OK BAB SOAL HATI MAAF TAK BOLEH KONGSI LEBIH SEBAB SEDIH SANGAT. TAPI SILAP AKU LA GATAL SANGAT CARI PENYAKIT SUKA DEKAT ORANG. SEKARANG MAKAN HATI ATAS KEBODOHAN AKU.
SEMOGA PENULUSAN SAYA INI MANFAAT.
Di bawah ada gambar boleh la tengok kenangan saya. Ada lagi banyak tapi telefon hank. Susah nak masukan











