
Boleh la tengok gambar di bawah.
Assalamualaikum apa khabar pembaca. Hari ini saya nak kongsikan macam mana saya dapat dekan setiap semester.
Baik la saya sebelum ini membuat ijazah sarjana muda komunikasi massa (penyiaran) atau nama bidang saya masscomm (broadcasting) di kuis selama 3 tahun tanpa ulangan.
Masa tu umur saya dah tua la buat ijazah. Masa mula mula masuk semua umur 22 21 saya sorang yang paling lewat masuk. Umut rahsia ya hahahahaha
Untuk pengetahuan pembaca, saya bukan asal dari sekolah pandai, tidak saya sekolah harian biasa, kelas belakang pernah ulangan stpm 2 kali semata mata nak masuk ipta. Universiti yang saya nak sangat masuk USM, UM, UPM dan UiTM situ impian saya. Dalam upu memang saya akan pilih situ dan course yang saya nak sangat kauseling, pendidikan sejarah dan tamadun. Dan pendidikan islam. Tapi cuba punya cuba tak dapat. Tak ada rezeki la kan.
Kalau overseas negara saya nak belajar sangat German, oxford , Melbourne dan Liverpool. Tapi tu la spm tak berapa cerdik stpm pulak tak cantik jadi tak dapat la.
Namun saya bersyukur di beri peluang sambung di IIUCS atau bahasa melayu Kolej Islam Antarabangsa Selangor.
Dan alhamdulillah saya memperolehi ijazah walaupun tak konvo sebab tak ada duit nak sewa jubah hanya bayar transkrip ja
Pahit manis masa ijazah tu macam macam saya rasai. Bayangkan anak kampung pergi di bumi selangor sorang sorang hanya membawa telefon butterfly nokia dan motor GT128 beli second hand. Saya cekal kan hati untuk pergi sana. Sepanjang pembelajaran itu lah saya akan cerita dan pecah rahsia macam mana dapat dekan.
1. Niat kerana ingin bantu agama Allah.
Apabila sampai di tempat pengajian pintu gerbang masuk, saya bertekad saya nak belajar. Sebab ini adalah peluang saya dapat buat ijazah. Masa belajar tu juga saya selalu selitkan
” Ya Allah permudahkan lah kefahaman aku menuntut ilmu. Dengan ilmu ini aku ingin bantu agama kau.”
Itu yang saya doakan dari awal sampai akhir. Bila niat baik Allah akan permudahkan pada masa yang sama dia memberi ujian untuk kita belajar sesuatu dari ujian.
2. Jangan kejar pointer tapi kejar ilmu
Ini penting. Dan nasihat ini juga saya selalu guna masa jadi guru ganti dahulu.
Kebanyakan pelajar akan belajar untuk kejar pointer. Bila kita kejar pointer kita akan stress dan bila stress ilmu tak masuk. Hanya sekadar belajar.
Tapi kalau kita kejar ilmu kita belajar untuk kita tahu dan tahu lagi. A akan kejar kita. Tak percaya? Awak boleh cuba.
3. Gunakan masa yang ada.
Saya sepanjang pengajian saya tidak seperti orang lain yang overnight malam malam. Selalu keluar malam malam main futsal dekat luar. Saya tak overnight sebab tak ada duit ja hahahahha
Lagi satu saya rasa bersalah kalau overnight berfoya foya sebab ya la kita datang di negeri orang untuk belajar. Jadi masa yang ada ni kita menelaah ilmu.
Kalau balik dari kelas saya akan pergi ke perpustakaan tak balik bilik terus. Di perpustakaan itu saya akan mencari bahan tugasan yang di beri selain itu saya akan mencari bahan bacaan lain seperti perkembangan isu semasa berkaitan bidang saya.
Selain itu saya tidak tangguh assignment. Kalau dapat tugasan baru saya akan terus cari bahan dan buat. Bila siap saya akan jumpa pensyarah akan tanya betul ka tak. Di situ kita akan jumpa penemuan baru.
Ni analogi.
Menuntut Ilmu ni ibarat kita duduk atas sampan lautan pasifik dan kita ambil jari kita lepas tu celup di tengah laut tu dan angkat balik jari kita.
Di situ kita dapat lihat titisan air dari jari jatuh kan….haaaa itu bermakna titisan air dari jari itu ilmu yang baru kita sudah dapat dan seluas lautan itu ilmu masih belum lagi kita dapat dan teroka lagi.
Faham tak analogi aku ni ? hahahahhaha
Jadi guna kan masa yang ada dalam menuntut ilmu.
4. Rapatkan diri di masjid
Saya dulu setiap kali solat fardu saya akan pergi masjid berjemaah. Setiap tempat pengajian mesti ada masjid walaupun jauh dari marhalah, saya akan berjalan kaki. Kalau kelas pagi pukul 8. Pukul 5 saya bangun dan pakai baju melayu seluar slack bawa beg ke kelas dan saya akan solat di masjid.
Selepas subuh saya akan duduk bucu masjid akan baca al mathurat sampai pukul 7.30. Masa yang ada sedikit saya akan baca nota yang di beri oleh pensyarah dan silibus yang di sediakan oleh pensyarah. Sama juga kelas habis petang pukul 6. Saya akan duduk masjid nak ke maghrib solat berjemaah dan selepas maghrib saya akan baca quran. Kalau ada majlis ilmu saya akan sertai alang alang menunggu isyak.
Jika satu hari tiada kelas, saya akan pergi masjid dan pergi ke perpustakaan. Boleh di katakan perpustakaan dan masjid bilik nombor 2 saya.
Setiap isnin dan khamis saya akan berpuasa. Dan di masjid saya ada buat iftar percuma, jadi situ dapat jimat. Hahahahahhap
5. Hormat pensyarah.
Pensyarah adalah guru kita. Jaga adab dengan pensyarah. Datang kelas tepat waktu. Kalau kena marah jangan ambil hati. Dan doakan pensyarah kita. Selain itu kalau tak faham jangan memandai. Tanya pensyarah. Mereka di bayar gaji untuk ajar kita. Jadi gunakan dia. Mintak nasihat pensyarah. Bukan fakulti kita sahaja, fakulti lain pun jumpa bagi salam.
6. Berkawan dengan fakulti lain.
Sepanjang saya belajar, saya akan bergaul dengan fakulti lain kalau kita berkawan dengan course lain atau fakulti lain kita akan dapat ilmu dari mereka dan ilmu kita pun mereka dapat. Tak rugi pun. Untung ada la. Jangan tiru cara saya tau. Kadang kadang kalau kelas kuliah course lain saya akan masuk hanya mendengar. Di situ dapat ilmu. Habis kuliah mereka balik saya jumpa penysarah saya mintak maaf sebab saya dari course lain hanya tumpang mendengar
Nasib baik pensyarah tu izinkan hahahahahha time tak ada kelas la saya buat
7. Minta doa ibu bapa.
Saya zaman pengajian tak ada awek tak bercinta tak bercouple macam orang lain jadi. Seminggu sekali saya akan telefon keluarga saya tanya khabar. Itu penting.
8. jaga ikhtilad.
Yang ni penting. Kita kena jaga ikhtilad jaga pandangan. Senang cerita jangan bercinta. Saya tak pernah bercinta zaman sekolah ka zaman remaja ka, jadi saya tak pandai mengorat. Saya bersyukur la sebab tak bercinta saya boleh fokus. Hahahaha bukan tak laku ya Allah jaga saya hahahaha (ayat pujuk diri)
Ada suka dekat orang tapi saya diam. Ada sekali saya luahkan akhir sekali kena reject. Malu la juga hahahaha bodohnya aku.
Selepas habis belajar pun ada juga suka seseoarang tapi kena reject hahahahahah
Fikirkan balik ya la kita tiada apa apa kan macam mana orang nak kita hahahaha adeh ayat sedih pulak hahahahha
Ok sambung.
9. Baca nota.
Nota yang di beri itu baca dan fahami. Seperti saya beritahu kita baca nota bukan kita nak lulus sahaja, tapi kita nak fahami ilmu dan nak guna ilmu itu jalan Allah
10. Sabar ketika menuntut ilmu.
Belajar memang penat. Saya akui sangat penat. Sebab itu sabar. Jangan sesekali putus asa banyakan berdoa.
11. Belanja diri.
Maksud belanja diri ni di hujung minggu saya akan gunakan masa saya pergi ke tasik kuis tengok alam tenangkan diri. Kadang kadang saya start motor pergi putrajaya pergi taman botani sorang sorang dan pergi masjid putra jaya sorang sorang. Pada malam hari saya pergi ke pusta konvensyen putra jaya saya naik bukit dan tengok lampu di putra jaya. Di hilang penat kita belajar.
Saya dulu masa belajar ada buat parttime cuci pinggan kedai mamak jadi duit lebih itu saya belanja diri saya dengan makan. Saya pergi kedai makan saya akan makan nasi goreng USA dan air KUKUBIMA anggur
Kadang kadang saya naik train pergi pasar seni pergi tugu negara jalan jalan. Ni biasa hujung minggu la itu pun jarang sebab saya banyak habiskan masa saya aktiviti ulang kaji dan aktiviti universiti.
Selain itu main game. Saya kan berkawan dengan semua fakulti. Jadi saya minta diaorang install game lalu main untuk lepaskan tekanan seketika. Tapi jangan main sampai larut malam…..
12. Berbuat baik dengan kawan.
Buat baik dengan kawan satu kelas. Jangan minta balasan. Kawan minta tolong ajar kita ajar… sekarang kawan saya sudah bawa diri. Lama tak contac contac semua tak angkat mungkin sibuk. Tak apa la sorang pun sorang la hahahahahah
13. Dekat kan diri pada Allah.
Itu penting. Saya kalau ada masa solat dhuha, pergi majlis ilmu, solat malam. Haaaa kepada pelajar yang ada gangguan tidur malam macam saya dulu dan sekarang ni pun. Kalau rasa susah tidur malam, gunakan masa itu untuk bertahajud kepada Allah. Menangis la pada dia dan meminta tolong la pada dia.
Lepas tu hati kita tenang setenang tenangnya. Dulu saya ada depression pun saya hadap mungkin masa tu saya boleh bersabar. Tapi sekarang mungkin sabar saya habis. Tapi tak bermakna untuk saya putus asa terus bersabar.
Saya perlu tabah dan terus tabah.
AKHIR KATA TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SEDIKIT SEBANYAK APA SAYA PECAHKAN RAHSIA SAYA INI DAPAT DI LAKU KAN.
JANGAN INGAT FIRST CLASS INI JAMIN KERJA, FIRST CLASS TIDAK JAMIN KERJA. ANGGAP SAHAJA FIRST CLASS ITU SEBAGAI PENGHARGAAN DAN SEMANGAT UNTUK TERUS BELAJAR.
PESAN SAYA SATU, KALAU KITA KEJAR ILMU, DEKAN AKAN KEJAR AWAK….




selain tu kelas tak pernah ponteng dapat buku dan coklat








AYAT YANG SAYA TAK BOLEH LUPA MASA HARI PERTAMA SAYA DATANG KELAS, LECTURE MINTA NOMBOR WHATAPSS UNTUK MASUK KAN GROUP SAYA TANYA BALIK WHATAPSS TY APA SEKALI KELUARKAN TELEFON TERGELAK SATU KELAS YA LA PHONE NOKIA BUTTERFLY HAHAHAHAHAHHAHA TAK TAHU APA ITU WHATAPSS
